yang kami perlukan
Sunday, October 24, 2010
yang kami perlukankata benar,
bukan cerita besar,
ditambah rempah kisah,
kerana dalam alir hikayat
sudah cukup makna dan kias
yang dapat mengalir
ke sungai kecil diri.
jadi, tanamlah pohon cerita
yang berakar pada akal,
supaya dapat kami percaya
dan menjadi ahli kekal.