Tinta Aku
Monday, September 20, 2010
Melodi ituSesuatu yang abstrak
Bukan pada rindu
Bukan pada syahdu
Tetapi pada manusia
Yang hidupnya dipenuhi
Warna yang dicorak sendiri
Tanpa sedar tempoh waktu
Untuk dia mewarna hampir tamat
Namun dia masih leka
Aku mencoret di sini
Kerana warnaku hampir habis
Dan tempohnya hampir tamat
Serta tiba masanya untuk aku
Serahkan lukisan aku kepada
Yang berhak
Yang sepatutnya