Bersama Angin Dingin
Tuesday, August 10, 2010
Matahari yang tersipu-sipuMenyapaku
Seperti dia tahu erti rinduku
Yang sekali sekala terputus puncanya.
Hujan yang mendesak jendela
Tiada siapa yang mengagak tibanya
Tiba-tiba sahaja dia telah ada
Dan tiba-tiba sahaj dia akan pergi
Sekali lagi menimggalkan matahari yang terspu-sipu
Dan angin dingin
Mamimpin jalan musafir
Siapa yang bakal tumbang sebelum malam menjelang
Siapa yang bakal tidur dan tak akn jaga-jaga.
Di sini malam dan siang seperti tiada bezanya
Aku cuma sendiri bertapak dari satu ruang ke satu ruang
Melayan kedinginan yang menakutkan
Harapan adalah menanti hari cepat lalunya.
Matahari yang tersipu-sipu tetap teman yang setia
Lalunya pada menyindir mereka yang menanti di tapak tangan
Walau perlahan sekali dan menyakitkan hati
Regurnya walau dengan hujan yang datangnya tiba-tiba dan
Menambah kesakitan
Dia tahu erti rinduku
Yang sekali sekala terputus puncanya.